Accessibility Tools

Skip to main content

Majlis Solat Hajat & Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Jajahan Kota Bharu Berlangsung Penuh Penghayatan

Majlis Solat Hajat Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Jajahan Kota Bharu

KOTA BHARU, 16 SEPTEMBER 2026 - Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia 2026, satu Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Peringkat Jajahan Kota Bharu telah diadakan dengan penuh hamparan kerohanian bertempat di Masjid Jamek As-Salam, Pengkalan Chepa. Program ini dilaksanakan bagi memohon keberkatan serta kesejahteraan yang berterusan buat seluruh rakyat dan negara tercinta.

Majlis yang berlangsung dengan penuh penghayatan ini dihadiri oleh barisan kepimpinan jajahan, tokoh agama, serta komuniti setempat. Program dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil yang ditujukan khas buat menghargai jasa serta pengorbanan para pejuang kemerdekaan tanah air.

Selesai Solat Fardhu Isyak berjemaah, majlis diakhiri dengan solat sunat hajat dan bacaan doa selamat secara berhimpun. Pengisian ini bukan sahaja menjadi platform memohon perlindungan buat negara, malah berjaya memperkukuh ikatan perpaduan dan semangat patriotisme berteraskan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.

Semoga momentum Sambutan Hari Malaysia kali ini terus menyuntik keharmonian dan kemakmuran yang berkekalan buat Jajahan Kota Bharu khususnya, dan Malaysia amnya.

https://egaleri.kelantan.gov.my/album/majlis-solat-hajat-doa-selamat-sempena-sambutan-hari-malaysia-2026-peringkat-jajahan-kota-bharu-berlangsung-penuh-penghayatan

  • Last updated on .
  • Hits: 11

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐€๐’.๐Œ๐˜ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

KOTA BHARU, 10 SEPTEMBER 2026 - Perkhidmatan BAS.MY Kelantan, ia merupakan perkhidmatan bas berhenti-henti di bawah program Stage Bus Service Transformation (SBST) Kerajaan Persekutuan. BAS.MY Kota Bharu telah dilancarkan pada 29 Januari 2026.
๐‹๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐๐€๐’.๐Œ๐˜
D10 โ€“ Kota Bharu โ†’ Pengkalan Chepa
D11 โ€“ Kota Bharu โ†’ Sabak melalui Kemumin
D12 โ€“ Kota Bharu โ†’ Sabak melalui Airport
D13 โ€“ Kota Bharu โ†’ Pantai Cahaya Bulan
D20 โ€“ Kota Bharu โ†’ Pengkalan Kubor melalui Chabang 4
D21 โ€“ Kota Bharu โ†’ Pengkalan Kubor melalui Tumpat
D30 โ€“ Kota Bharu โ†’ Pasir Mas melalui Salor
D31 โ€“ Kota Bharu โ†’ Pasir Mas melalui Meranti
D32 โ€“ Kota Bharu โ†’ Rantau Panjang
D40 โ€“ Kota Bharu โ†’ Jeli melalui Tanah Merah
D50 โ€“ Kota Bharu โ†’ Bachok melalui Bukit Marak
D51 โ€“ Kota Bharu โ†’ Jerteh melalui Pasir Puteh
D52 โ€“ Kota Bharu โ†’ Kg Raja (Politeknik Besut) melalui Tok Bali
D60 โ€“ Kota Bharu โ†’ Kuala Krai melalui Machang
D61 โ€“ Kota Bharu โ†’ UiTM Machang
D62 โ€“ Kota Bharu โ†’ Gua Musang.
BasMy 1
BasMy 2
BasMy 3
BasMy 4
  • Last updated on .
  • Hits: 19

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69

selamat menyambut hari kebangsaan ke69 3 2

KOTA BHARU, 31 OGOS 2026 - Kontinjen Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) telah menyertai acara Perbarisan dan Perarakan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Kehadiran kontinjen PTJKB, bersama 69 kontinjen agensi kerajaan dan swasta yang lain, telah disaksikan oleh lebih 20,000 pengunjung yang membanjiri stadium. Majlis perasmian dan gimik ambang merdeka telah disempurnakan oleh YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen jitu warga PTJKB dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta mendokong aspirasi tema kebangsaan pada tahun ini

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita terus pelihara dan wariskan kepada generasi akan datang.

๐Š๐ˆ๐๐€๐‘๐Š๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐”๐‘ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐†! ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐˜๐” ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€! ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€! ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€!

https://egaleri.kelantan.gov.my/album/selamat-menyambut-hari-kebangsaan-ke69

  • Last updated on .
  • Hits: 80

๐ŸŒ™ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐ŸŒ™

Salam Maulidur Rasul 1448h

KOTA BHARU, 25 OGOS 2026 - Dengan penuh rasa cinta dan penghormatan, marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perbanyakkan selawat, hayati sirah Baginda dan jadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai teladan dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga cinta kepada Rasulullah SAW sentiasa mekar di hati dan membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT.

  • Last updated on .
  • Hits: 66

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Privasi