Sejarah Penubuhan PTJKB

SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN KOTA BHARU (PTJKB)
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) merupakan sebuah jabatan Kerajaan Negeri yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
PTJKB mula beroperasi sejak tahun 1904 hasil daripada keputusan persidangan pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kelantan (Sultan Muhammad ke IV).
Pejabat ini diketuai oleh seorang Ketua Jajahan yang juga memangku sebagai Majistret dan Pentadbir Tanah dan Jajahan. Pada keseluruhannya, PTJKB mempunyai seramai 143 orang kakitangan.
Lokasi PTJKB terletak di pusat bandar Kota Bharu yang juga merupakan nadi pusat pentadbiran Negeri Kelantan.
- Hits: 27052