Accessibility Tools

Skip to main content

Kajian Kepuasan Pelanggan

KAjian kepuasan pelanggan

 Bil  Tajuk Kajian Kepuasan Pelangan  Catatan
 1. BORANG KAJIAN KEPUASAN DAN KEPERLUAN PELANGGAN

📢 HEBAHAN: BORANG KAJIAN KEPUASAN DAN KEPERLUAN PELANGGAN 📢

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana memilih untuk berurusan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

Maklum balas anda amat penting bagi membantu kami menilai tahap kepuasan serta mengenal pasti keperluan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Kerjasama anda dalam melengkapkan borang kajian ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Nota: Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kami.

Terima kasih!

 2. KAJIAN IMPAK SISTEM KIOSK LAYAN DIRI PEJABAT TANAH (TeraTanah.KB)

📢 HEBAHAN: KAJIAN IMPAK SISTEM KIOSK LAYAN DIRI PEJABAT TANAH (TeraTanah.KB) 📢

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan yang dihormati, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) sedang menjalankan satu kajian bagi mengumpul maklumat serta maklum balas mengenai impak Sistem KIOSK Layan Diri Pejabat Tanah (TeraTanah.KB) Versi 1.0.

Kajian ini sangat penting bagi membantu kami menilai tahap keberkesanan sistem digital ini dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kami kepada anda semua.

👥 Kumpulan Sasaran:
- Orang Awam / Pemilik Tanah
- Firma Guaman / Juruukur Tanah Swasta / Wakil Syarikat
- Pelawat / Pengguna Berkala
- Kakitangan Dalaman PTJKB

Mohon luangkan masa sekurang-kurangnya 3 minit untuk mengisi borang soal selidik melalui pautan disediakan.

Segala perhatian, kerjasama, dan maklum balas daripada pihak Tuan/Puan amatlah dihargai.

Terima kasih!

 3. KAJIAN IMPAK & KEPUASAN PENGGUNA GEOFORM.KB360 PTJKB

📢 KAJIAN IMPAK & KEPUASAN PENGGUNA GEOFORM.KB360 PTJKB 📢

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mohon bantuan Tuan/Puan untuk meluangkan masa selama 3 minit bagi mengisi borang soal selidik berkaitan Sistem Borang Digital 14A (GeoForm.KB360) PTJKB di pautan di disediakan.

Maklum balas daripada pengguna yang PERNAH mahupun BELUM PERNAH menggunakan sistem ini amat diperlukan untuk menambah baik urusan kaunter tanah. Identiti anda adalah RAHSIA .

Tuan/Puan juga dijemput untuk menggunapakai Sistem Borang Digital 14A (GeoForm.KB360) melalui pautan berikut: https://teratanahkb.kelantan.gov.my/geoformkb/

Terima kasih atas kerjasama anda! 🙏

  • Hits: 85

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST