Tahukah Anda Mengenai Sistem Aduan?
Sistem Aduan Awam Kelantan (e-Aduan) merupakan gerbang aduan bersepadu Kerajaan Negeri yang membolehkan orang ramai mengemukakan aduan, komen, teguran, cadangan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Selain sistem e-Aduan, orang ramai juga boleh menyalurkan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan aplikasi telefon pintar Respons Rakyat yang dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM).
Sehubungan dengan itu, poster Pemakluman dan Hebahan Sistem Saluran Aduan Awam di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan disediakan untuk hebahan dan makluman kepada semua pegawai dan kakitangan, pelanggan serta komuniti setempat.
Diharapkan hebahan ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang saluran aduan yang disediakan, sekali gus menyokong usaha berterusan Kerajaan dalam memperkasakan pengurusan aduan awam yang cekap, telus dan berkesan. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan sistem ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan melalui talian 09-748 1957 (sambungan 8226).

- Last updated on .
- Hits: 6