Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69
KOTA BHARU, 31 OGOS 2026 - Kontinjen Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) telah menyertai acara Perbarisan dan Perarakan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.
Kehadiran kontinjen PTJKB, bersama 69 kontinjen agensi kerajaan dan swasta yang lain, telah disaksikan oleh lebih 20,000 pengunjung yang membanjiri stadium. Majlis perasmian dan gimik ambang merdeka telah disempurnakan oleh YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen jitu warga PTJKB dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta mendokong aspirasi tema kebangsaan pada tahun ini
Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita terus pelihara dan wariskan kepada generasi akan datang.
ππππππππ πππππ ππππππππ! πππ πππππππ πππππ πππππππππππ πππππ ππππππ πππ ππππππππ
πππππππ! πππππππ! πππππππ!
https://egaleri.kelantan.gov.my/album/selamat-menyambut-hari-kebangsaan-ke69
- Last updated on .
- Hits: 81