Accessibility Tools

Skip to main content

π“π€π‡ππˆπ€π‡ π‰π”πƒπŽ πŠπ„π‹π€ππ“π€π! πŸ†

KOTA BHARU, 17 OGOS 2026 - YABrs. Tn Hj Rusydee Bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu mengetuai Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB), selaku Jabatan Angkat Sukan Judo Kelantan, merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh atlet, jurulatih dan pegawai pasukan Judo Kelantan atas pencapaian membanggakan di SUKMA Selangor 2026.

πŸ₯‡ Muhammad Rayqal Hakimi Rosli telah mencipta sejarah sebagai atlet Kelantan pertama meraih pingat emas dalam sukan Judo di SUKMA Selangor 2026. Syabas dan tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini!.

Penghargaan turut diberikan kepada barisan jurulatih atas segala usaha, komitmen dan dedikasi dalam membimbing para atlet, serta kepada YB Dato’ Haji Abdul Hadi Awang Kechil, ADUN Kuala Balah, selaku Ayah Angkat Sukan Judo Kelantan, atas sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan Judo Kelantan.

Sekali lagi, YABrs. Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu, selaku wakil Jabatan Angkat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen luar biasa serta sokongan yang diberikan kepada pasukan Judo Kelantan.

PTJKB akan terus komited memberikan sokongan dan kerjasama dalam usaha melahirkan lebih ramai juara Kelantan menuju SUKMA Kelantan 2028.

https://egaleri.kelantan.gov.my/album/tahniah-judo-kelantan

  • Hits: 1

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Privasi