πππππππ πππππ πππππ πππππ πππ ππππππππ πππππ
KOTA BHARU, 12 OGOS 2026 - Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu telah mengadakan Program Solat Sunat Dhuha dan Tazkirah Dhuha bertempat di Surau Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.
Solat Sunat Dhuha telah diimamkan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Taufiq Tee bin Abdullah yang turut menyampaikan tazkirah bertajuk βHarta Halal, Rezeki Berkatβ.
Tazkirah yang disampaikan mengingatkan warga kerja tentang pentingnya mencari dan mengurus harta daripada sumber yang halal serta memohon keberkatan dalam setiap rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Semoga program ini dapat menyuburkan amalan kerohanian dalam kalangan warga kerja serta menjadi ruang untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan dan keberkatan dalam kehidupan seharian.
https://egaleri.kelantan.gov.my/album/pogram-solat-sunat-dhuha-dan-tazkirah-dhuha.
- Hits: 1