πππππππ ππππ : ππππππ ππππππ πππππππ πππππππ πππππ πππ πππππππ ππππ πππππ
KOTA BHARU, 16 JULAI 2026 - Program gotong-royong perdana telah diadakan dengan kerjasama warga Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu sebagai usaha mewujudkan persekitaran pejabat yang bersih, kemas, selamat dan kondusif.
Dalam ucapannya, YABrs. Ketua Jajahan memaklumkan bahawa objektif utama program ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengemasan di sekitar kawasan pejabat serta ruang dalaman pejabat. Selain itu, program ini juga bertujuan sebagai langkah pencegahan penularan wabak denggi melalui pembasmian tempat-tempat yang berpotensi menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes, memandangkan situasi wabak yang kini semakin membimbangkan.
Beliau turut menyeru agar semua warga Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu terus mengamalkan budaya menjaga kebersihan dan memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa bersih, selamat serta kondusif demi kesejahteraan bersama.
https://egaleri.kelantan.gov.my/album/pogram-eksa-gotong-royong-perdana-ptjkb
- Hits: 33