Accessibility Tools

Skip to main content

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π˜π€ππ‘π’. πŠπ„π“π”π€ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ„ ππ‘πŽπ‰π„πŠ π“π€ππ€πŒπ€π ππ€ππ†π†πŽπ‹ πŒπ„π‹πŽπ (π‘πŽπ‚πŠ πŒπ„π‹πŽπ)

KOTA BHARU, 15 JULAI 2026 - YABrs. Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu telah mengadakan lawatan ke Projek Tanaman Banggol Melon (Rock Melon) yang diusahakan melalui Projek Bersepadu Pertanian Banggol.

Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu serta penggawa daerah Banggol bagi meninjau perkembangan projek dan melihat sendiri pelaksanaan tanaman menggunakan kaedah fertigasi di kawasan tanah terbiar.

Projek ini merupakan satu inisiatif dalam mengoptimumkan penggunaan tanah bagi menghasilkan tanaman bernilai tinggi, di samping membantu meningkatkan pendapatan serta memperkukuh ekonomi komuniti setempat.

Selain meninjau kawasan tanaman, rombongan turut mendengar penerangan daripada pengusaha mengenai kaedah pengurusan tanaman, cabaran yang dihadapi serta potensi pengembangan projek pada masa hadapan.

Semoga usaha seperti ini terus diperkasakan melalui kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti dalam memajukan sektor pertanian, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi mampan.

https://egaleri.kelantan.gov.my/album/lwatan-yabrs-ketua-jajahan-ke-projek-tanaman-banggol-melon-rock-melon

  • Hits: 26

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Privasi