πππππππ πππππππ ππππππ πππππππ ππππ πππππ πππππ/πππππ
KOTA BHARU, 02 JULAI 2026 - Program Kembara Hijrah Jajahan Kota Bharu 1448H telah berjaya diadakan di Masjid An-Nuur, Bukit Marak. Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama erat antara pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, dengan sokongan serta penyertaan yang amat menggalakkan daripada masyarakat.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Maal Hijrah 1448H, malah berjaya memperkukuhkan semangat perpaduan, kesukarelawanan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti.
Program dimulakan dengan kayuhan basikal sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, antaranya gotong-royong memasak bubur asyura, ceramah Maal Hijrah, kaunter bergerak bayaran hasil , kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang memberikan pelbagai maklumat dan perkhidmatan kepada pengunjung.
Selain itu, Bubur Asyura yang dimasak secara bergotong-royong turut diagihkan kepada para peserta dan penduduk setempat sebagai lambang semangat muafakat, kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat, para sukarelawan, petugas, peserta kayuhan serta seluruh pengunjung yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.
https://egaleri.kelantan.gov.my/album/program-kembara-hijrah-jajahan-kota-bharu
- Hits: 8