Accessibility Tools

Skip to main content

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ”πŒππ”π‹π€π 𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 ππ€π‘π“πˆ ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

KOTA BHARU, 27 JANUARI 2026 - Kunjungan hormat daripada wakil pegawai All-Party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) dengan YABrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu. APPGM-SDG merupakan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan - sebagai tanda kerjasama dua hala antara pihak kerajaan negeri/agensi dengan inisiatif rentas parti yang berperanan dalam memperkukuh pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDGs) di peringkat nasional dan komuniti.

Kunjungan hormat ini memperkukuh hubungan strategik serta membuka peluang untuk memperluas sinergi dalam pelaksanaan pembangunan mampan, terutamanya dalam konteks inisiatif komuniti dan dasar umum yang memberi manfaat kepada rakyat zon Pantai Timur yang merangkumi Kelantan, Terengganu & Pahang.

https://egaleri.kelantan.gov.my/album/kunjungan-hormat-daripada-pegawai-kumpulan-rentas-parti-parlimen-malaysia

  • Hits: 12

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Privasi