ππππππ ππππππππππ πππππ πππππ πππππ ππππ πππππππ ππππ πππππ πππππ ππππ
KOTA BHARU, 27 JANUARI 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Zakat bagi Jajahan Kota Bharu, sebagai sebahagian daripada usaha MAIK dalam menyalurkan bantuan perumahan kepada golongan asnaf yang layak.
Program bantuan rumah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MAIK untuk meningkatkan kualiti hidup golongan asnaf, termasuk fakir, miskin, ibu tunggal, anak yatim dan penerima zakat yang menghadapi kesukaran mendapatkan tempat tinggal yang selesa serta selamat.
Majlis ini disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu. Turut hadir bagi menyerikan majlis ialah pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Jajahan, wakil komuniti setempat serta para penerima rumah yang terpilih.
Melalui program ini, penerima telah menerima kunci rumah baharu sebagai simbolik penyerahan kediaman yang dibina dengan peruntukan zakat MAIK, selaras dengan amanah pembayar zakat untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan. MAIK berharap agar rumah-rumah ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada penerima dan keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan.
- Hits: 11