Accessibility Tools

Skip to main content

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐‰๐€๐‰๐€๐‡๐€๐

KOTA BHARU, 11 JANUARI 2026 - Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) telah mengadakan Perhimpunan Awal Tahun serta Amanat Tahun 2026 bersama YABrs. Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu bertempat di Bilik Gerakan PTJKB dengan kehadiran seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan serta bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh wakil warga kerja sebagai simbol iltizam dan komitmen seluruh warga kerja PTJKB dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan penuh integriti dan dedikasi.

Dalam ucapannya, YABrs Ketua Jajahan merakamkan ucapan alu-aluan serta selamat datang kepada barisan kepimpinan baharu PTJKB dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan pegawai yang telah bertukar keluar.

Beliau menegaskan bahawa tahun 2026 merupakan tahun cabaran yang semakin dirasai. Selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) , beliau menyeru agar warga kerja PTJKB bergerak dengan satu sasaran yang jelas dan menjadikan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu sebagai contoh dan penanda aras dari segi kecekapan, profesionalisme, intergriti dan kualiti perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, YABrs Ketua Jajahan telah menetapkan azam dan tema kerja PTJKB bagi tahun 2026 iaitu โ€œ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜บ๐˜ข๐˜ตโ€. Ini bukan sekadar slogan, ia adalah komitmen bersama semua bahagian untuk bekerja dengan lebiih tersusun, lebih pantas dan lebih berempeti.

Beliau juga menyeru agar seluruh warga Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu agar terus bergerak seiring, saling menyokong dan saling melengkapi. Kejayaan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu ini Adalah kejayaan kita Bersama.

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Ucapan YABrs Ketua Jajahan ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Ikrar 1

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” 1 ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” 2

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” 3๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” 4

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” 5 ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” 7

 

  • Hits: 27

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Privasi