Accessibility Tools

Skip to main content

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍

Serah Tugas TKJ 2

KOTA BHARU, 11 JANUARI 2026 - Telah berlangsung Majlis Serah Tugas Timbalan Ketua Jajahan daripada YBrs. Encik Wan Mohd Nasir bin Hj. Wan Omar kepada YBrs. Encik Nik Mahmud bin Nik Jaffar. Majlis ini telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

YBrs. Encik Wan Mohd Nasir bin Hj. Wan Omar sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Jajahan dan kini telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PTJKB. Selamat maju jaya di tempat baharu.

YBrs. Encik Nik Mahmud bin Nik Jaffar telah menerima nota serah tugas dan secara rasmi memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Jajahan yang baharu selepas melapor diri pada 1 Januari 2026. Selamat datang dan selamat menjalankan tugas di PTJKB.

  • Hits: 82

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Privasi