Accessibility Tools

Skip to main content

PENGGABUNGAN KEROHANIAN DAN INTEGRITI: PTJKB ANJUR SOLAT DHUHA DAN TAZKIRAH KHAS

KOTA BHARU, 12 NOVEMBER 2025 - Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) terus memperkasa sahsiah warga kerjanya melalui penganjuran program Solat Dhuha berjemaah yang berlangsung di Surau PTJKB, di sini, pagi tadi.

Program ini bertujuan untuk memohon keberkatan dalam urusan harian serta menyemai nilai-nilai murni dan integriti yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan awam. Majlis tersebut dipimpin oleh Encik Lazim b. Mohamad, Penggawa Daerah Ketereh, yang bertindak sebagai imam solat sunat berkenaan. Sejurus selepas solat, Encik Lazim turut menyampaikan sesi tazkirah khas yang menekankan kepentingan kecemerlangan perkhidmatan berasaskan syariat Islam.

Beliau mengingatkan para kakitangan bahawa amanah yang dijalankan bukan sahaja tanggungjawab kepada organisasi, malah merupakan ibadah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kehadiran para pegawai dan kakitangan yang memenuhi ruang surau seawal waktu Dhuha mencerminkan komitmen jitu warga PTJKB dalam mengimbangi tuntutan kerjaya dan kerohanian demi kesejahteraan bersama. Pengisian ini diharap dapat memberi suntikan semangat baharu kepada kakitangan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Warga Kerja PTJKB Yang Hadir Solat Dhuha Warga Kerja Mengaminkan Doa Solat Dhuha 

  • Hits: 80

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Privasi