1. Sejarah Daerah
Daerah Sering sebuah yang memanjang. Di Utaranya ialah Laut Cina, Sebelah Selatannya ialah Daerah Banggu, di seblah Barat bersempadan Dengan Sungai Pengkalan Datu, Daerah Panji dan Kemumin dan sebelah Timur ialah Jajahan Bachok.
Daerah Sering ada kaitan rapat dengan sejarah Negeri Kelantan, nama Puteri Saadom dan keluarganya menjadi orang penting dalam sejarah.
Berdasarkan Fakta-fakta dan kesan sejarah seperti makam–makan Raja Sakti dan makam Raja Baha yang masih ada. Kampung Tok Ku ialah sebuah Kampung yang tertua dalam Daerah Sering yang kebanyakannya penduduk asalnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pihak pemerintah (Raja). Asal salah silah yang dinamakan Kampung Tok Ku ialah pada mulanya ada seorang pemimpin tempatan yang bernama Raja Kechik. Raja Kechik ini digelar Tok Ku oleh seluruh penduduk yang terdiri daripada berbagai lapisan masyarakatnya. Raja Kechik (Tok Ku) di tauliahkan oleh KDYMM Al Sultan Mohamad IV untuk memerintah kawasannya sebagai mewakili Baginda Al Sultan.
2. Status Daerah
Daerah Sering adalah salah satu daripada (14) Daerah berada dalam Jajahan Kota Bharu dengan keluasannya ialah seluas 30.8 km persegi yang meliputi 10.48 peratus daripada keluasan Jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 403 kilimeters persegi.
Pentadbiran Unit Pembangunan Masyarakat Daerah Sering adalah terletak di bawah Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu yang diterajui oleh Seorang Penggawa, Seorang Pembantu Penggawa dan Sembilan (9) orang Penghulu Mukim. .
3. Kedudukan Daerah
Persempadanan daerah sebagaimana berikut:-
- Bahagian Timur – Jajahan Bachok
- Bahagian Barat – Bersempadan dengan Sungai Pengkalan Pengkalan Datu, Daerah Panji dan Kemumin
- Bahagian Utara – Daerah Kubang Kerian
- Bahagian Selatan – Daerah Banggu
4. Lokasi Geografi
Peta Asas Daerah Sering

5. Keluasan Daerah
Daerah Sering mempunyai keluasan seluas 30.8 km persegi yang meliputi 10.48% daripada keluasan Jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 403 kilometers persegi.
6. Keluasan Mukim Tanah Penghulu
Keluasan Pentadbiran Mukim Penghulu adalah sebagaimana berikut:-
| Bil |
Nama Mukim |
Keluasan (KM Persegi) |
| 1 |
Mukim Pulau Gajah |
3.84 |
| 2 |
Mukim Sabak |
1.28 |
| 3 |
Mukim Pengkalan Datu |
3.48 |
| 4 |
Mukim Pulau Belanga |
3.84 |
| 5 |
Mukim Chicha Menyabong |
4.48 |
| 6 |
Mukim Kota Jembal |
4.48 |
| 7 |
Mukim Senang |
3.38 |
| 8 |
Mukim Chepa |
4.49 |
| 9 |
Mukim Gartak Kechupu |
4.48 |
| |
JUMLAH |
33.75 |
7. Bentuk Muka Bumi
Mukim Sering yang terletak dalam Jajahan Kota Bharu mempunyai bentuk muka bumi Tanah rendah yang rata dan terdiri daripada dataran aluvium. Kawasan ini berada Berhampiran system sungai termasuk Sungai Kelantan dan beberapa cabang sungai kecil, menyebabkan tanyanya subur serta sesuai untuk pertanian seperti sawah padi dan kebun kampung. Mukim Sering juga mempunyai kawasan tanah pamah yang luas, menjadikannya sesuai untuk pembangunan penempatan, sekolah, kemudahan awam dan kawasan perniagaan. Di samping itu, terdapat kawasan paya dan rendah lembap yang terbentuk akibat takungan air semula jadi, terutamanya ketika musim hujan. Secara keseluruhan, Mukim Sering tidak mempunyai bukit atau tanah tinggi, dan keseluruhannya terdiri daripada kawasan yang rata dan rendah.
8. Etnik Dan Agama
Penduduk di Mukim Sering terdiri daripada beberapa etnik, iaitu etnik Melayu sebagai kumpulan terbesar, diikuti oleh masyarakat Cina dan sebilangan kecil komuniti Siam. Dari segi agama pula, mojoriti penduduk menganut agama Islam, manakala sebahagian kecil masyarakat Cina dan Siam menganut agama Buddha. Terdapat juga segelintir penduduk yang menganut agama lain dalam bilangan yang sangat kecil.
9. Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi utama di Mukim Sering ialah pertanian tradisional seperti penanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijalankan oleh penduduk di kawasan tanah pamah. Selain itu, penduduk juga terlibat dalam perniagaan kecil seperti kedai runcit, gerai makanan, bengkel motosikal dan pasar harian di sekitar Kedai Lalat. Terdapat juga penduduk yang berkerja dalam sector perkhidmatan seperti Pendidikan, pentadbiran, keselamatan serta pekerjaan di bandar Kota Bharu. Di samping itu, beberapa penduduk menjalankan penternakan kecil-kecilan seperti ayam petelor, ayam daging, lembu, tiram dan kambing bagi menambahkan pendapatan keluarga.
10. Kegiatan Kebudayaan
Penduduk di Mukim Sering masih mengekalkan pelbagai kegiatan budaya tradisional seperti gotong-royong kampung, kenduri doa selamat dan majlis tahlil yang sering diadakan di surau atau rumah penduduk. Budaya bergotong-royong juga diamalkan semasa majlis perkahwinan, kenduri, serta membersihkan kawasan dan menyelenggara jalan. Kegiatan seni tradisional seperti dikir barat, wayang kulit dan permainan rakyat juga masih dikenali, walaupun dijalankan dalam skala yang lebih kecil. Penduduk Cina dan Siam yang menetap atau berniaga di kawasan tersebut turut menyambut perayaan seperti Tahun Baru Cina dan perayaan keagamaan Buddha .
11. Lokasi Menarik/Pelancongan
Di sekitar Mukim Sering, terdapat beberapa tempat menarik yang sering dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong. Antara lokasinya ialah kawasan tepi Sungai Pengkalan Datu yang menjadi tempat rekreasi untuk memancing dan menikmati pemandangan sungai. Selain itu, Pasar Pagi Kedai Lalat turut menjadi tarikan kerana terkenal sebagai pusat membeli belah barangan basah, makanan tradisional Kelantan dan hasil Kampung. Kawasan berhampiran seperti Pantai Sabak dan Pulau Gajah juga menjadi destinasi popular bagi melihat matahari terbenam, bersantai serta menikmati makanan celop tepung di kedai Acu Tera Sabak. Di samping itu, terdapat juga Masjid Al Raman Pulau Gajah dengan ukiran seni pada dinding kayu dan terdapat bot kayu kolek pelbagai corak warna juga merupakan lokasi pelancongan budaya dan sejarah yang sering dikunjungi.
12. Produk Industri Kecil Dan Sederhana
Di Daerah Kota terdapat produk-produk Industri Kecil Dan Sederhana seperti berikut:
| Bil |
Nama Produk |
Nama Syarikat/ Alamat/ No. Tel |
| 1 |
Celup Tepung |
Warung Acu Tera Sotong Jalan Pantai Sabak / 014-8407616 |
| 2 |
Keropok Ikan Cap Ikan Parang Tiga |
Jalan Pantai Sabak/ 013-9933695 |
| 3 |
Keropok Ikan Che Som |
Jalan Sabak / 014-8325525 |
| 4 |
Tuak Nipah Az dan Cuka Nipah Asli |
Kampung Pulau Gajah 013-4671722 |
| 5 |
Hasil Sabun daripada Madu Kelulut |
AN NAHLI Kampung Pulau Gajah 011-25505737 |
| 6 |
Penternak Ayam Petelor Pasir Kasar |
Kampung Pasir Kasar 019-9612381 |
|
7
|
Penternak Tiram Sangkar
|
Kampung Sabak 017-9000148
|