1. Sejarah Daerah
Asal usul nama daerah Kadok adalah diambil sempena nama sebatang pokok kayu yang besar dan tinggi iaitu Pokok Kadok, tumbuh di Kampung Tanjong dalam Daerah Kadok. Sejarah bermula daripada penerokaan tanah hutan oleh seorang pahlawan yang melarikan diri bersama-sama pengikutnya dari Negeri Patani (Siam), pahlawan tersebut dikenali sebagai Dato’ Kadok yang masyhur dengan kepahlawanannya dan juga dikenali sebagai Pengawal Raja yang diberi kuasa memerintah di beberapa kawasan. Tunggul Pokok Kadok masih boleh dilihat sehingga kini yang mana kawasan tunggulnya menyerupai sebuah perigi yang besar.
2. Status Daerah
Daerah Kadok adalah salah satu daripada 14 Daerah berada dalam Jajahan Kota Bharu. Keluasannya ialah seluas 32.80 km persegi yang meliputi 8.02 peratus daripada keluasan Jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 409 kilometers persegi.
3. Kedudukan Daerah
Persempadanan daerah sebagaimana berikut:-
- Bahagian Timur – Daerah Peringat
- Bahagian Barat – Daerah Beta
- Bahagian Utara – Daerah Pendek
- Bahagian Selatan – Daerah Ketereh
4. Lokasi Geografi
Peta Asas Daerah Kadok

5. Keluasan Daerah
Daerah Kadok mempunyai keluasan seluas 32.80 km persegi yang meliputi 8.02% daripada keluasan Jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 409 kilometers persegi.
6. Keluasan Mukim Tanah Penghulu
Keluasan Pentadbiran Mukim Penghulu adalah sebagaimana berikut:-
| BIL |
NAMA MUKIM |
KELUASAN (KM Persegi) |
| 1 |
Mukim Berangan |
1.9 |
| 2 |
Mukim But |
1.9 |
| 3 |
Mukim Biah |
2.5 |
| 4 |
Mukim Buloh Poh |
3.8 |
| 5 |
Mukim Jakang |
2.5 |
| 6 |
Mukim Lachang |
1.9 |
| 7 |
Mukim Lubok Jambu |
2.5 |
| 8 |
Mukim Padang Lepai |
1.9 |
| 9 |
Mukim Patek |
3.8 |
| 10 |
Mukim Paloh Rambai |
1.9 |
| 11 |
Mukim Paya Lada |
3.2 |
| 12 |
Mukim Perol |
2.5 |
| 13 |
Mukim Tanjong |
2.5 |
| |
JUMLAH |
32.80 |
7. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi di Daerah Kadok tanahnya subur sesuai untuk pertanian, 70% tanah di Daerah Kadok adalah tanah padi. Pertanian padi disini dapat dituai sebanyak dua kali setahun. Tanaman lain yang sesuai ditanam di Daerah Kadok adalah tanaman kontang atau jangka pendek seperti tanaman kacang dan timun.
8. Etnik Dan Agama
Daerah Kadok didominasi oleh masyarakat Melayu yang merupakan kumpulan etnik utama di daerah ini. Dari segi keagamaan pula, masyarakat daerah Kadok berpegang teguh terhadap ajaran agama Islam..
9. Kegiatan Ekonomi
Sektor pekerjaan di Daerah Kadok adalah :
a) 80% Sektor awam dan swasta.
b) 20% Sektor pertanian
Sektor pertanian terdiri daripada pertanian asasi iaitu penuai padi sebanyak dua kali setahun, manakala penanaman padi di Desa Gemalai, Lubok Jambu adalah secara padi semula jadi, yang bebas daripada bahan kimia dan racun perosak. Padi Alami ini menghasilkan hasil tuaian yang lebih berkualiti tinggi tetapi turut menjadi pemangkin kepada pelbagai inisiatif lain di kawasan ini. Penanaman lain seperti tanaman kontang atau jangka pendek iaitu sayuran seperti kacang, timun dan terung. Bagi dusun buahan pula tanaman seperti durian dan rambutan adalah pendapatan sampingan.

10. Kegiatan Kebudayaan
Di Daerah Kadok terdapat beberapa permainan tradisioanal yang masih aktif seperti permainan layang-layang, gasing, kerok, silat serta pasukan dikir barat
11. Lokasi Menarik/Pelancongan
-
12. Produk Industri Kecil Dan Sederhana
Di Daerah Kadok terdapat produk-produk Industri Kecil Dan Sederhana seperti berikut:
| Bil |
Nama Produk |
Nama Syarikat/ Alamat/ No. Tel |
| 1 |
TIADA |
|