1. Sejarah Daerah
Daerah Kota diambil sempena nama sebuah Kota, iaitu Kota Jelasin di bawah pemerintahan Raja Abdullah dan isterinya yang jelita bernama Puteri Saadong pada abad ke 17. Koa ini terletak di belakang Jabatan Penyiaran di Kg. Wakaf Che Yeh, lebih kurang 5 kilometer dari bandar Kota Bharu.
Daerah ini bersempadan dengan Daerah Lundang di sebelah utara dan selatan bersebelahan dengan daerah Pendek dan Limbat. Manakala di sebelah barat terdapat Sungai Kelantan yang memisahkan daerah ini dengan Daerah Wakaf Bharu, Jajahan Tumpat dan Daerah Kubang Sepat, Jajahan Pasir Mas..
2. Status Daerah
Daerah Kota adalah salah satu daripada (14) Daerah berada dalam Jajahan Kota Bharu.Pentadbiran Daerah Kota adalah terletak di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu yang diterajui oleh Ketua Jajahan, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Seorang Penggawa, Seorang Pembantu Penggawa dan Sebelas (11) orang Penghulu Mukim serta Satu (1) orang Penghulu Tanpa Mukim.
3. Kedudukan Daerah
Persempadanan daerah sebagaimana berikut:-
- Bahagian Timur – Daerah Kubang Kerian
- Bahagian Barat – Jajahan Tumpat
- Bahagian Utara – Daerah Badang
- Bahagian Selatan – Daerah Pendek
4. Lokasi Geografi
Peta Asas Daerah Kota
Akan dikemaskini..
5. Keluasan Daerah
Daerah Kota mempunyai keluasan seluas 40.1 km persegi yang meliputi 9.80% daripada keluasan Jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 409 kilometers persegi
6. Keluasan Mukim Tanah Penghulu
Keluasan Pentadbiran Mukim Penghulu adalah sebagaimana berikut:-
| Bil |
Nama Mukim |
Keluasan (KM Persegi) |
| 1 |
Mukim Kota |
3.0 |
| 2 |
Mukim Pintu Geng |
4.8 |
| 3 |
Mukim Paloh |
3.1 |
| 4 |
Mukim Wakaf Che Yeh |
4.2 |
| 5 |
Mukim Kg. Sireh |
4.1 |
| 6 |
Mukim Pasir Hor |
3.5 |
| 7 |
Mukim Pasir Jelatang |
3.3 |
| 8 |
Mukim Padang Enggang |
3.0 |
| 9 |
Mukim Kota Jelasin |
3.7 |
| 10 |
Zon Tebing Tinggi |
3.3 |
| 11 |
Zon Kubur Kuda |
3.0 |
| |
JUMLAH |
40.1 |
7. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi di Daerah Kota secara keseluruhannya adalah mendatar dan rata. Lokasi yang strategik di Ibu Negeri Kelantan menjadikan Daerah Kota sebagai pusat pembangunan. Pelbagai Projek Mega telah dibina dalam Daerah Kota seperti KB Mall, Mydin Mall, H-Elite Hotel dan banyak lagi projek yang telah dibina. Dengan wujudnya pembangunan yang pesat, ia mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar khususnya dan juga seluruh rakyat di negeri amnya.
8. Etnik Dan Agama
Daerah Kota didominasi oleh masyarakat Melayu yang merupakan kumpulan etnik utama di daerah ini. Dari segi keagamaan pula, masyarakat daerah Kota berpegang teguh terhadap ajaran agama Islam. Kaum cina dan india merupakan etnik minoriti dalam daerah Kota.
9. Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi di Daerah Kota secara umumnya lebih menjurus kepada sertor awam dan swasta. Walaubagaimanapun, ramai juga yang melibatkan diri dalam sektor perniagaan seperti pengusaha batik dan lain-lain perniagaan. Memandangkan peluang perkerjaan dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai masyarakat terutama belia memilih untuk bekerja di sektor swasta dan bekerja di luar negeri.
10. Kegiatan Kebudayaan
Kegiatan kebudayaan kurang mendapat tumpuan dalam daerah Kota. Warisan kebudayaan seperti dikir barat hanya dipertontonkan sekiranya mempunyai jemputan hanya di peringkat mukim sahaja.
11. Lokasi Menarik/Pelancongan
Walaupun Daerah di tengah ibu negeri, tidak banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong dalam daerah Kota. Terdapat beberapa tempat menarik yang biasa dikunjungi adalah :-
11.1 Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Pasar Malam Wakaf Che Yeh memang telah terkenal sejak dulu hingga kini. Ianya menjadi lokasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong sekiranya datang ke negeri Kelantan. Pasar ini terkenal dengan pelbagai barangan yang dijual dengan harga berpatutan seperti pakaian, aksesori, barangan rumah dan cenderamata. Selain itu, di sini juga merupakan tempat makan yang menjadi pilihan ramai terutamanya bagi mereka yang ingin mencuba makanan yang popular di elantan seperti kerabu maggi, pulut manga, the tarik madu dan pelbagai jenis makanan tradisional Kelantan.
11.2 Taman Indera Petra
Taman Indera Petra merupakan taman rekreasi yang berada bersebelahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Taman ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk pengunjung. Taman seluas 2 ekar ini dilengkapi dengan pelbagai tarikan termasuklah Taman Tema Air Splash. Selain itu, terdapat juga taman permainan kanak-kanak, medan selera, surau, tandas awam, pusat memanah, pusat aerobic dan pelbagai lagi kemudahan lain disediakan.
12. Produk Industri Kecil Dan Sederhana
Di Daerah Kota terdapat produk-produk Industri Kecil Dan Sederhana seperti berikut:
| Bil |
Nama Produk |
Nama Syarikat/ Alamat/ No. Tel |
| 1 |
Batik |
Syarikat Nordin Batik Jalan Paloh Pintu Geng 012-9567472 |
| 2 |
Laksa |
Syarikat Zul Laksa Lorong Laksa, Taman Guru 019-9275558 |
| 3 |
Pengusaha Wau Bulan |
Lot 808, Lorong KeluargaTaman Guru 017-9525772 |