1. Sejarah Daerah
Sejarah awal menunjukkan kawasan ini pernah menjadi laluan utama bagi penghubungan antara kawasan selatan dan utara Kota Bharu, serta menjadi tempat tinggal penduduk yang terlibat dalam aktiviti agraria seperti penanaman padi dan getah.
2. Status Daerah
Daerah Beta adalah salah satu dari 14 daerah dalam Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Terletak kira-kira 16 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu. Kedudukan sempadan Daerah Beta dari sebelah barat adalah Daerah Salor Serta Sungai Kelantan, di sebelah timur bersempadan dengan daerah Kadok, di sebelah Selatan bersempadan dengan Daerah Keterah manakala di sebelah utara pula bersempadan dengan Daerah Pendek.
Keluasan Daerah Beta ialah seluas 23.3 / 2330.6 hektar / 5758.988 ekar yang meliputi 5.7 peratus daripada keluasan Jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 409 kilometers persegi.
Bentuk muka bumi daerah ini boleh dikatakan mendatar. Tanah tinggi digunakan untuk tanaman getah serta dusun buah-buahan serperti duku dewan yang terkenal diseluruh Kelantan.
Pentadbiran Unit Pembangunan Masyarakat Daerah Beta adalah terletak di bawah Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu yang diterajui oleh Seorang Penggawa, Seorang Pembantu Penggawa dan Lapan (8) orang Penghulu Mukim.
3. Kedudukan Daerah
Persempadanan daerah sebagaimana berikut:-
- Bahagian Timur – Daerah Kadok
- Bahagian Barat – Daerah Salor (Sungai Kelantan)
- Bahagian Utara – Daerah Pendek
- Bahagian Selatan - Daerah Ketereh
4. Lokasi Geografi Peta Kelantan
Peta Asas Daerah Beta

5. Keluasan Daerah
Daerah Beta mempunyai keluasan seluas 23.3 yang meliputi 5.7% daripada keluasan Jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 409 kilometers persegi.
6. Keluasan Mukim Tanah Penghulu
Keluasan Pentadbiran MUKIM PENGHULU adalah sebagaimana berikut:-
| BIL |
NAMA MUKIM |
KELUASAN (km Persegi) |
| 1 |
Mukim Beta Hilir |
3.08 |
| 2 |
Mukim Dewan Beta |
3.47 |
| 3 |
Mukim Chekeli |
2.85 |
| 4 |
Mukim Lundang Paku |
4.06 |
| 5 |
Mukim Chetok |
2.72 |
| 6 |
Mukim Stan |
1.15 |
| 7 |
Mukim Beta Hulu |
3.20 |
| 8 |
Mukim Kor |
2.77 |
| |
JUMLAH |
23.3 |
7. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi di Daerah Beta tanahnya subur sesuai untuk pertanian. Lazimnya Daerah Beta terkenal dengan buah Duku Dewan. Tanaman lain yang sesuai ditanam di Daerah Beta adalah seperti padi, kacang, nenas dan timun.
8. Etnik Dan Agama
Daerah Beta didominasi oleh masyarakat Melayu yang merupakan kumpulan etnik utama di daerah ini. Dari segi keagamaan pula, masyarakat Daerah Beta berpegang teguh terhadap ajaran agama Islam.
9. Kegiatan Ekonomi
Sektor pekerjaan di Daerah Beta adalah : -
- 55% Sektor awam dan swasta
- 45% Sektor pertanian
Sektor pertanian terdiri daripada pertanian asasi iaitu penuai padi sebanyak dua kali setahun, Penanaman lain seperti tanaman kontang atau jangka pendek iaitu sayuran seperti nenas, kacang, timun dan terung. Bagi dusun buahan pula tanaman seperti duku, durian dan rambutan adalah pendapatan sampingan.
10. Kegiatan Kebudayaan
Di Daerah Beta terdapat beberapa permainan tradisioanal yang masih aktif seperti silat dan pasukan dikir barat.
11. Lokasi Menarik/Pelancongan
Di Daerah Beta tidak mempunyai tarikan pelancongan atau Lokasi menarik.
12. Produk Industri Kecil Dan Sederhana
Di Daerah Beta terdapat produk-produk Industri Kecil Dan Sederhana seperti berikut:
| Bil |
Nama Produk |
Nama Syarikat/ Alamat/ No. Tel |
| 1 |
Kilang Laksa Che Rahim |
|