1. Sejarah Daerah
DAERAH BADANG adalah diambil bersempena dengan nama zaman dahulu kala. Perhubungan orang-orang zaman dahulu terutama peniaga dan pedagang ialah melalui jalan laut dan jalan sungai. Semasa dalam perjalanan mereka telah membuat pengkalan persinggahan untuk berlabuh bagi urusan pertukaran jual beli barang dan berehat. Kawasan pengkalan persinggahan mereka inilah didapati banyak ditumbuhi oleh pokok-pokok yang dikenal pasti dengan nama pokok Badang.
Justru itu, sebutan pengkalan persinggahan Badang telah terkenal dan menjadi sebutan buah mulut zaman berzaman. Lantaran kerana kemasyhuran itulah daerah ini dinamakan DAERAH BADANG.
2. Status Daerah
Daerah Badang adalah salah satu daripada empat belas (14) daerah yang berada di dalam Jajahan Kota Bharu. Keluasan Daerah Badang ialah 18.9201 batu persegi atau 30.2723 km persegi dimana sebahagian besar termasuk dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Pentadbiran Daerah Badang terletak di bawah Bahagian Pembangunan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu yang diterajui oleh seorang Penggawa dengan dibantu oleh seorang Pembantu Penggawa, Enam Belas (16) orang Penghulu Mukim beserta empat belas (14) orang Imam Masjid Mukim. Daerah Badang juga memiliki sembilan (9) Mukim Tanah.
Jarak Pentadbiran Daerah Badang ke Pusat Bandar atau ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu ialah 10 km di mana Jalan Pantai Cahaya (P.C.B) menjadi jalan utama di samping Jalan Kuala Besar dan Jalan Tanjung Baru.
3. Kedudukan Daerah
Persempadanan daerah sebagaimana berikut:-
- Bahagian Timur – Daerah Kemumin dan Daerah Panji.
- Bahagian Barat – Sungai Kelantan (Jajahan Tumpat)
- Bahagian Utara – Laut China Selatan.
- Bahagian Selatan - Daerah Kota dan Daerah Panji.
4. Lokasi Geografi
Peta Asas Daerah

5. Keluasan Daerah
6. Keluasan Mukim Tanah Penghulu
Keluasan Pentadbiran Mukim Penghulu adalah sebagaimana berikut:-
| Bil |
Nama Mukim |
Keluasan (KM Persegi) |
| 1 |
MUKIM KIJANG |
2 |
| 2 |
MUKIM CHE LATIFF |
2.4 |
| 3 |
MUKIM PULAU KUNDOR |
2.4 |
| 4 |
MUKIM PULAU PISANG |
2.8 |
| 5 |
MUKIM TASEK |
2.4 |
| 6 |
MUKIM BANGGOL |
1.6 |
| 7 |
MUKIM JAYA SETIA |
1.6 |
| 8 |
MUKIM TIKAT |
1.6 |
| 9 |
MUKIM SEMUT API |
2.4 |
| 10 |
MUKIM CHE DERIS |
1.6 |
| 11 |
MUKIM PENAMBANG |
7.5 |
| 12 |
MUKIM TOK DOKANG |
1.2 |
| 13 |
MUKIM KEDAI BULOH |
1.2 |
| 14 |
MUKIM SITI MANI |
1.2 |
| 15 |
MUKIM DAL |
2.4 |
| 16 |
MUKIM BINJAL |
2 |
| |
JUMLAH |
36.3 |
7. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi di badang terdiri daripada tanah yang rata, mempunyai alur-alur sungai dan kawasan persisiran pantai. 65% kawasan rendah dan selebihnya adalah kawasan pantai seperti pantai mekmas, pantai pulau kundor, dan pantai cahaya bulan (P.C.B). Bentuk muka bumi ini juga sesuai bagi tanaman kelapa dan penternakan seperti kelapa dan penternakan seperti lembu kambing dan biri-biri, bukan itu saja ianya juga sesuai untuk penanaman tembikai dan tanaman kontang.
8. Etnik Dan Agama
Daerah Badang berpegang teguh terhadap ajaran agama Islam dan didominasikan oleh masyarakat Melayu yang merupakan kumpulan etnik utama di daerah ini. Walau bagaimanapun daerah badang boleh dikategorilan sebagai daerah yang mempunyai segelintir agama lain seperti Buddhis, Kristian, Taoise dan lain – lain lagi.
9. Kegiatan Ekonomi
Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di daerah badang kerana mempunyai kawasan yang sesuai untuk industri kecil seperti pertanian, perusahaan, pelancongan dan lain-lain. Selain itu, dengan pantainya yang menarik dan indah dapat mewujukan peluang perniagaan dalam bidang makanan dan cenderamata. Selain itu, terdapat juga perusahaan batik secara meluas dan perusahaan kuih muih serta makanan tradisional seperti kerabu, tuak dan manisah dari pokok nipah.
Pecahan kegiatan ekonomi boleh dibahagikan kepada :
- Penjawat Awam / Pekerja Swasta sebanyak - 30%.
- Perniagaan dan perindustrian pemakanan sebanyak - 35%
- Pertanian dan penternakan sebanyak - 25%
- Lain-lain (buruh) pembinaan dan pertukangan - 10%
10. Kegiatan Kebudayaan
Satu Kawasan atau Daerah yang masih kaya dengan seni Kebudayaan dan identity kemelayuan seperti Pencak Silat, Dikir Barat, Tomoi dan muzik tradisional. Begitu juga dengan ukiran yang terkenal dengan ukiran kapal dan wau bulan. Disamping itu kaya dengan makanan tradisinal seperti akok, beko, apam, tapai, ketupat dan lain lain lagi. Juga terkenal dengan makanan laut seperti udang, ketam, lala, tiran, lokan dan sebagainya.
11. Lokasi Menarik / Pelancongan
Daerah Badang dalam ertikata sebenar boleh dijadikan satu daerah pelancongan yang berjaya kerana memiliki mukabumi dan persekitaran amat sesuai dengan pelancongan lantaran pantainya cantik seperti Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pantai Kundur, Pantai Mek Mas, laluan sungai yang semula jadi, pulau-pulau di sekeliling, serta Sungai Kelantan yang menuju ke Kuala atau Laut China Selatan.
Tarikan terbaru ke Pasar Terapung menjadikan Daerah Badang sebagai pengkalan bot atau Jeti ke Pulau Sri Tanjung dan Pulau Suri yang menjalankan aktiviti Pasar Terapung menjadikan Mukim Pulau Pisang dan Mukim Che Latiff semakin sibuk dihujung minggu dimana bot-bot penambang sibuk menghantar penumpang pergi dan balik ke pulau berkenaan.
12. Produk Industri Kecil Dan Sederhana
Di daerah Badang terdapat produk-produk Industri Kecil Dan Sederhana seperti berikut:
| Bil |
Nama Produk |
Nama Syarikat/ Alamat/ No. Tel |
| 1 |
Keropok Lekor |
Cap Kapal |
| 2 |
Batik |
Gerimis Batik |
| 3 |
Wau |
Wak Sapie dan Anak |
| 4 |
Songket |
Che Minah Songket |
| 5 |
Serunding |
Agro Bazar - Banggol |