1. Sejarah Daerah
Nama Peringat diambil bersempena dengan sejenis unggas yang banyak terdapat disuatu padang yang dulunya dikenali sebagai Padang Peringat. Setelah sekian lama, maka wujudlah nama Kampung Peringat berdekatan dengan padang tersebut. Sehinggalah sistem pentadbiran penggawa diperkenalkan. Kampung Peringat telah dipilih sebagai nama Daerah hingga sekarang
2. Status Daerah
Daerah Peringat adalah salah satu diantara 14 daerah yang ada didalam Jajahan Kota Bharu. Ianya terletak dibahagian selatan iaitu 17km dari pusat bandar Kota Bharu. Sempadan daerah Peringat ialah Daerah Limbat dibahagian utara. Daerah Mahligai dibahagian selatan. Daerah Kadok di bahagian barat dan Daerah Gunung di bahagian timur. Daerah Peringat berada dalam kawasan Majlis Daerah Ketereh dan berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Melor dan Parlimen Ketereh. Daerah Peringat mempunyai keluasan 26.7km persegi yang diterajui oleh seorang Penggawa, seorang Pembantu Penggawa dan Sebelas (11) orang Penghulu Mukim dan 13 Masjid Mukim Imam. Terdapat 56 buah kampung dengan jumlah penduduk 31,463 orang.
3. Kedudukan Daerah
Persempadanan daerah sebagaimana berikut:-
- Bahagian Timur - Jajahan Gunong.
- Bahagian Barat - Daerah Kadok.
- Bahagian Utara - Daerah Limbat.
- Bahagian Selatan - Daerah Mahligai.
4. Lokasi Geografi
Peta Asas Daerah Peringat

5. Keluasan Daerah
Daerah Peringat mempunyai keluasan seluas 11.55 km persegi yang meliputi 3.75% daripada keluasan Jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 357 kilometers persegi
6. Keluasan Mukim Tanah Penghulu
Keluasan Pentadbiran Mukim Penghulu adalah sebagaimana berikut:-
| Bil |
Nama Mukim |
Keluasan (KM Persegi) |
| 1 |
Mukim Padang Raja |
2.3 |
| 2 |
Mukim Padang Halban |
1.8 |
| 3 |
Mukim Permatang Pusu |
3.1 |
| 4 |
Mukim Tegayong |
2.5 |
| 5 |
Mukim Aril |
1.2 |
| 6 |
Mukim Bechah Mulong |
4.0 |
| 7 |
Mukim Kubang Gatal |
3.6 |
| 8 |
Mukim Pangkal Pisang |
1.5 |
| 9 |
Mukim Padang Kala |
2.0 |
| 10 |
Mukim Melor |
1.7 |
| 11 |
Mukim Bechah Keranji |
3.0 |
| |
JUMLAH |
26.70 |
7. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi di Daerah Peringat tanahnya subur sesuai untuk pertanian, 70% tanah di Daerah Peringat adalah tanah padi. Pertanian padi disini dapat dituai sebanyak dua kali setahun. Tanaman lain yang sesuai ditanam di Daerah Peringat adalah tanaman kontang atau jangka pendek seperti tanaman kacang dan timun.
8. Etnik Dan Agama
Daerah Peringat didominasi oleh masyarakat Melayu yang merupakan kumpulan etnik utama di daerah ini. Dari segi keagamaan pula, masyarakat daerah Peringat berpegang teguh terhadap ajaran agama Islam.
9. Kegiatan Ekonomi
Sektor pekerjaan di Daerah Peringat adalah : -
- 80% Sektor awam dan swasta
- 20% Sektor pertanian
Sektor pertanian terdiri daripada pertanian asasi iaitu penuai padi sebanyak dua kali setahun, manakala penanaman padi di Mukim Tegayong, adalah secara padi semula jadi, yang bebas daripada bahan kimia dan racun perosak. Padi Alami ini menghasilkan hasil tuaian yang lebih berkualiti tinggi tetapi turut menjadi pemangkin kepada pelbagai inisiatif lain di kawasan ini. Penanaman lain seperti tanaman kontang atau jangka pendek iaitu sayuran seperti kacang, timun dan terung. Bagi dusun buahan pula tanaman seperti durian dan rambutan adalah pendapatan sampingan.
10. Kegiatan Kebudayaan
Di Daerah Peringat terdapat beberapa permainan tradisioanal yang masih aktif seperti permainan layang-layang, gasing, kerok, silat serta pasukan dikir barat.
11. Lokasi Menarik/Pelancongan
~
12. Produk Industri Kecil Dan Sederhana
~