1. Sejarah Daerah
Daerah ini diberi nama menurut cerita adalah asalnya daripada nama seorang Imam di sebuah Kampung dalam Daerah ini. Mengikut keterangan yang diberi ada seorang Imam yang cukup alim, baik dan elok paras rupanya yang bertugas sebagai Imam di Surau yang bersempadan dengan Tanah Perkuburan dan ditempat itulah tempat tinggalnya. Nama imam itu ialah “BANGGU“
2. Status Daerah
Daerah Banggu adalah salah satu daripada (14) Daerah berada dalam Jajahan Kota Bharu.
Pentadbiran Daerah Banggu adalah terletak di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu yang diterajui oleh Ketua Jajahan, Ketua Penolong Ketua Jajahan Pembangunan, Seorang Penggawa, Seorang Pembantu Penggawa dan Sembilan (9) orang Penghulu Mukim.
3. Kedudukan Daerah
Persempadanan daerah sebagaimana berikut:-
- Bahagian Timur - Jajahan Bachok.
- Bahagian Barat - Daerah Kubang Kerian dan Daerah Limbat.
- Bahagian Utara - Daerah Sering.
- Bahagian Selatan - Daerah Peringat.
4. Lokasi Geografi
Peta Asas Daerah Banggu

5. Keluasan Daerah
Daerah Banggu mempunyai keluasan seluas 30.6 km persegi yang meliputi 7.48% daripada keluasan Jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 409 kilometers persegi
6. Keluasan Mukim Tanah Penghulu
Keluasan Pentadbiran Mukim Penghulu adalah sebagaimana berikut:-
| Bil |
Nama Mukim |
Keluasan (KM Persegi) |
| 1 |
Mukim Binjai |
4.0 |
| 2 |
Mukim Lubok Pukol |
3.7 |
| 3 |
Mukim Terap |
2.4 |
| 4 |
Mukim Marak |
2.7 |
| 5 |
Mukim Jejulok |
3.2 |
| 6 |
Mukim Gong Dermin |
4.4 |
| 7 |
Mukim Seterpa |
3.1 |
| 8 |
Mukim Bukit Marak |
3.6 |
| 8 |
Mukim Badak Mati |
3.5 |
| |
JUMLAH |
30.6 |
7. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi di Daerah Banggu tanahnya subur sesuai untuk pertanian, 70% tanah di Daerah Banggu adalah tanah padi. Pertanian padi di sini dapat dituai sebanyak dua kali setahun. Tanaman lain yang sesuai ditanam di Daerah Banggu adalah tanaman sayuran seperti jagung, kacang, timun dan tanaman buahan seperti tembikai, kelapa, duku dan lain-lain lagi.
8. Etnik Dan Agama
Daerah Banggu didominasi oleh masyarakat Melayu yang merupakan kumpulan etnik utama di daerah ini. Dari segi keagamaan pula, masyarakat daerah Banggu berpegang teguh terhadap ajaran agama Islam.
9. Kegiatan Ekonomi
Sektor pekerjaan di Daerah Banggu adalah : -
- 30% Sektor awam
- 70% bekerja sendiri
Bekerja sendiri termasuklah dalam sektor pertanian iaitu tanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buah, sektor penternakan seperti menternak lembu, kambing, biri2, dalam sektor pembinaan contoh tukang rumah, buruh am dan juga sektor perniagaan seperti kedai runcit, berniaga atas talian, berniaga pasar pagi/malam dan lain-lain lagi.
10. Kegiatan Kebudayaan
Di Daerah Banggu terdapat beberapa permainan tradisioanal yang masih aktif seperti permainan layang-layang, gasing, silat serta pasukan dikir barat.
11. Lokasi Menarik/Pelancongan
Mukim Seterpa di dalam Daerah Banggu terkenal dengan ‘Inap Desa’ atau homestay pelancongan. Ianya berkonsep konsep penginapan di mana pelancong tinggal di rumah penduduk tempatan, menawarkan pengalaman budaya yang lebih mendalam berbanding hotel biasa, membolehkan pelawat merasai cara hidup serta aktiviti penduduk setempat. Pelancong atau pengunjung mempunyai pilihan lebih 30 buah rumah dengan pelbagai jenis dan keluasan mengikut citarasa sendiri untuk tinggal menginap.
Daerah Banggu juga terkenal dengan seni pertukangan. Di Kampung Panjang, Mukim Binjai terdapat aktiviti pertukangan di mana pelancong boleh melihat sendiri hasil kraftangan penduduk setempat.
12. Produk Industri Kecil Dan Sederhana
Di Daerah Banggu terdapat produk-produk Industri Kecil Dan Sederhana seperti berikut:
| Bil |
Nama Produk |
Nama Syarikat/ Alamat/ No. Tel |
| 1 |
Nurseri |
Nature Paradise Garden Kampung Panjang, Binjai 011-23285987 |
| 2 |
Hardware |
Msa Jaya Urus Trading Cabang Empat Binjai, Binjai 010-9295357 |
| 3 |
Perabot |
Perabot K 2 Jaya Enterprise Jalan Bukit Marak 013-7885520 |
| 4 |
Perkhidmatan membaiki motor |
Dermin Motor Jalan Gong Dermin – Pasir Tumboh 018-2864946 |
| 5 |
Makanan Frozen |
Raihanah Frozen Kampung Pak Rahmat, Seterpa 013-4766062 |
| 6 |
Santan Kelapa |
Kedai Santan Kelapa Jalan Bukit Marak 019-2048242 |
| 7 |
Textile / Pakaian |
Alina Outlet Lot 2399, Jalan Bukit Marak 019-9830032 |
| 8 |
Minuman |
Kopi Saigon Bukit Marak Lot 2270-B, Jalan Bukit Marak 011-56885726 |
| 9 |
Dobi |
Dobi Binjai Lot 727, Jalan Bukit Marak 017-9872802 |
| 10 |
Saloon dan Spa |
Noonie Beauty Saloon and Spa PT 589, Simpang Empat Binjai 09-7648524 |