Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
KOTA BHARU, 26 MEI 2026 - Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Aidiladha mengajar kita erti keikhlasan dalam pengorbanan, keteguhan iman serta kepatuhan kepada perintah Allah SWT. Di sebalik setiap pengorbanan, terselit nilai kasih sayang, kesyukuran dan kebersamaan yang menyatukan umat.
Semoga Aidiladha kali ini membawa sinar keberkatan, memperkukuh silaturahim serta menyemai semangat saling membantu dan prihatin dalam kehidupan bermasyarakat.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin 🌙✨
Ikhlas daripada: Ketua Jajahan Kota Bharu dan seluruh warga kerja Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu

- Hits: 26