Accessibility Tools

Skip to main content

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπ„π‘πŒπ€ 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€

KOTA BHARU, 28 DISEMBER 2025 - Program Derma Darah dianjurkan oleh Unit Transfusi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah diadakan bertempat di Bilik Puspanita, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mulai jam 9:00 pagi hingga jam 3:00 petang. Objektif utama program ini adalah untuk membantu menambah bekalan darah negara di samping memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah sebagai satu amalan murni dan kemanusiaan. Selain aktiviti derma darah, para peserta turut diberi penerangan ringkas berkaitan syarat pendermaan darah, faedah kesihatan serta kepentingan bekalan darah untuk kegunaan kecemasan dan rawatan pesakit. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan membantu mereka yang memerlukan serta menyemai nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.

Pendaftaran Saringan Penderma Darah Penderma Darah

  • Hits: 80

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST