Majlis Pengurniaan Bantuan Asnaf dan Mangsa Banjir serta Tadarus Al-Quran di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa



- Hits: 3155
Accessibility Tools
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah telah selesai program Ketua Jajahan Masuk Kampung yang berlangsung pada 29 September 2022 yang lepas. Tempat yang terlibat adalah Pejabat Penggawa Salor dan Masjid Asaadah Beta Hulu. Ketua Jajahan dan isteri telah hadir sepanjang program ini.
Majlis Assyura PTJKB telah diadakan pada 28 Ogos 2022 di perkarangan tempat letak van hasil. Majlis diserikan dengan kehadiran YABrs Tuan Ketua Jajahan serta isteri. Pada majlis tersebut juga dianjurkan pertandingan bubur asyura terbaik dan dimenangi oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dan Juga Unit Penguatkuasaan dan Teknikal. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan terlibat.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah PTJKB telah berjaya mengadakan majlis Malam Apresiasi Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu pada 15 Julai yang lepas. Tema pada malam itu adalah Mat Kilau atau Busana Melayu. Semua yang hadir telah memberikan kerjasama yang cukup baik dengan menggayakan pakaian yang pelbagai jenis dan menarik. Antara yang hadir adalah Yang Dipertua MPKB-bri, Bekas-bekas pegawai dan kakitangan yang telah bertukar dan bersara.
Pada hari Rabu, bertarikh 22 Jun 2022 telah diadakan Majlis Menandatangani Aku Janji Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) FASA 1, oleh 33 orang peserta Mukim Pulau Kundur. Majlis dipengerusikan oleh Ketua Jajahan Kota Bharu, Tuan Hj. Mohd Anis bin Hussein. Majlis bersurai lebih kurang pukul 11 pagi.