Gotong Royong Pembersihan Dan Pemulihan Pasca Kebakaran Di Kampung Gok Kapor Kota Bharu
KOTA BHARU, 16 JUN 2026 - Satu program gotong-royong pembersihan dan pemulihan pasca kebakaran telah dilaksanakan di tapak kebakaran Kampung Gok Kapor, Kota Bharu bagi membantu membersihkan kawasan yang terjejas serta meringankan beban mangsa-mangsa kebakaran.
Program ini melibatkan kerjasama erat antara kakitangan PTJKB, agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan yang berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa kebakaran, pengumpulan bahan buangan serta pemulihan kawasan yang terjejas. Aktiviti ini mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan perpaduan masyarakat dalam membantu mereka yang ditimpa musibah. Kehadiran dan sumbangan tenaga daripada pelbagai pihak bukan sahaja mempercepatkan proses pembersihan, malah turut memberikan sokongan moral kepada mangsa yang terlibat.
Diharapkan dengan kerjasama berterusan semua pihak, proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sekali gus membantu meringankan beban serta memberi sokongan moral kepada ahli keluarga yang terjejas akibat kejadian tersebut.
- Hits: 7