Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H

KOTA BHARU, 16 JUN 2026 - 1 Muharam 1448H bersamaan 17 Jun 2026 menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam. Ia mengingatkan kita akan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah tamadun berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini membawa mesej yang menekankan kesejahteraan ummah yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa diberkati Allah SWT.
Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih baik, memperkukuh keimanan dan ketakwaan, serta menyatukan seluruh lapisan masyarakat dalam usaha membina ummah yang maju, makmur dan diberkati Allah SWT.
Ikhlas daripada, Ketua Jajahan Kota Bharu dan warga Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu.
- Hits: 8