Accessibility Tools

Skip to main content

Perjumpaan Ketua Jajahan Bersama Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu

KOTA BHARU, 14 JUN 2026 - Satu sesi perjumpaan telah diadakan antara YABrs. Ketua Jajahan Kota Bharu bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga pejabat.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan kerjasama dan usaha kolaboratif dalam memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, cekap dan teratur. Beliau turut menyeru seluruh warga kerja agar sentiasa komited, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap amanah yang diberikan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

Selain itu, beliau turut menekankan bahawa budaya mesra pelanggan, sikap bertolak ansur serta saling menghormati hendaklah sentiasa diamalkan oleh semua warga kerja dalam melaksanakan tugasan dan berinteraksi sesama rakan sekerja mahupun pelanggan. Amalan ini penting bagi memastikan kelancaran urusan serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada masyarakat.

Diharapkan sesi perjumpaan seperti ini dapat terus memperkukuhkan semangat kebersamaan, meningkatkan motivasi warga kerja serta memupuk budaya kerja yang positif demi mencapai kecemerlangan organisasi dan kesejahteraan masyarakat.

https://egaleri.kelantan.gov.my/album/perjumpaan-ketua-jajahan-bersama-pegawai-dan-kakitangan-pejabat-tanah-dan-jajahan-kota-bharu

  • Hits: 10

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Privasi