KDYMM Sultan Kelantan Berkenan Berangkat Mencemar Duli Ke Tapak Kebakaran Di Kampung Gok Kapur Kota Bharu
KOTA BHARU, 10 JUN 2026 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berkenan berangkat mencemar duli bagi menyantuni mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat di Kampung Gok Kapur, Kota Bharu yang melibatkan 27 ketua isi rumah yang terjejas.
Dalam lawatan tersebut, KDYMM Tuanku turut berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada 27 ketua keluarga yang terjejas akibat kebakaran sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap rakyat jelata yang sedang berdepan dengan ujian ini.
- Hits: 10