πππππππ πππππ πππππ πππππππ ππ ππππππ πππππππππ ππ πππππππ ππππ, πππππ πππππ ππππππππ
KOTA BHARU, 05 APRIL 2026 - Lawatan YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu ke lokasi kejadian kebakaran yang melibatkan 8 buah rumah di Chabang 3, Kedai Buloh, Kota Bharu.
Turut hadir bersama YBrs. Timbalan Ketua Jajahan, YBrs. Ketua Penolong Ketua Jajahan, pegawai-pegawai jajahan, Penggawa Daerah Badang serta wakil agensi kerajaan bagi sama-sama menyalurkan bantuan dan sokongan kepada mangsa yang terjejas.
Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa di lokasi kejadian serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden kebakaran yang berlaku. Turut diberi perhatian adalah kebajikan mangsa yang terlibat agar bantuan sewajarnya dapat disalurkan dengan segera.
Semoga semua mangsa yang terjejas diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.
- Hits: 22