πππππππ ππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππ ππππππππ π ππππ πππππππ ππππ πππππ
KOTA BHARU, 05 APRIL 2026 - Menjunjung kasih atas kurniaan daging lembu oleh KDYMM Sultan Muhammad V kepada penduduk Jajahan Kota Bharu.
YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu, telah menyempurnakan Majlis Program Agihan Daging Lembu kurniaan baginda di Daerah Sering, Daerah Badang, Daerah Kemumin dan Daerah Kijang.
Agihan daging lembu telah diselaraskan dan dilaksanakan oleh Penggawa-Penggawa, Penghulu Mukim serta Ketua-Ketua Kampung kepada golongan asnaf terpilih di setiap daerah.
Semoga kurniaan ini dapat membawa kegembiraan serta meringankan beban para penerima, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
- Hits: 22