πππππππ ππππππ πππππππ πππππ ππππππ πππππ πππππ | πππππ
KOTA BHARU, 19 MAC 2026 - Sekitar Majlis Cerapan Hilal Syawal 1447H yang telah diadakan di Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.
YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu, turut hadir bersama-sama dalam Majlis Cerapan Hilal Rasmi Syawal 1447H.
Majlis Cerapan Hilal Rasmi ini telah diurus setiakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Turut hadir ialah pasukan-pasukan pencerap daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan serta dibantu oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan di daerah Kota Bharu.
Berdasarkan hasil data cerapan yang dilaksanakan di seluruh Malaysia, 1 Syawal 1447H telah ditetapkan pada hari Sabtu, 21 Mac 2026 bersamaan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam.
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.
https://egaleri.kelantan.gov.my/album/majlis-cerapan-hilal-syawal-tahun-1447h2026m
- Hits: 22