MAJLIS CERAPAN HILAL RAMADHAN TAHUN 1447H | 2026M
KOTA BHARU, 17 FEBRUARI 2026 - YABrs. Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu turut hadir dan bersama-sama menyaksikan Majlis Cerapan Hilal Rasmi Ramadan 1447H bersamaan 2026M yang telah diadakan di Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.
Majlis Cerapan Hilal Rasmi ini diurus setiakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan(MAIK) serta turut dihadiri dan dibantu oleh jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan daerah Kota Bharu.
Berdasarkan hasil cerapan oleh yang telah dilaksanakan, 1 Ramadan 1447H ditetapkan pada Khamis, 19 Februari 2026, menandakan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam di seluruh negara.
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.
https://egaleri.kelantan.gov.my/album/majlis-cerapan-hilal-ramadhan-tahun-1447h-2026m
- Hits: 23