MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGHULU JAJAHAN KOTA BHARU
KOTA BHARU, 16 FEBRUARI 2026 - Seramai 217 orang penerima watikah penghulu, termasuk Penghulu Tanpa Mukim mewakili kaum Cina dan India bagi setiap DUN, telah menerima watikah pelantikan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam.
Majlis penyampaian watikah Penghulu Jajahan Kota Bharu telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu. Beliau turut menyampaikan amanat kepada semua penghulu dengan harapan agar mereka sentiasa beramanah, adil dan berintegriti dalam melaksanakan setiap tugas serta tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.
Hadir sama ke majlis tersebut ialah YBrs. Mohd Azman bin Ghazali, Setiausaha Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
Turut diadakan ceramah mengenai etiket dan protokol yang disampaikan oleh YBrs. Encik Mohamed Safaruddin bin Ismail, Pegawai Protokol Pejabat Sultan Kelantan. Pengisian ceramah tersebut diharapkan dapat membantu para penghulu mengaplikasikan teori dan prinsip protokol, etiket sosial serta pengurusan majlis dengan betul, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dalam situasi majlis formal dan tidak formal.
Tahniah diucapkan kepada semua Penghulu Jajahan Kota Bharu yang telah menerima watikah pelantikan secara rasmi. Selamat menjalankan tugas dan menggalas amanah yang diberikan. Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
- Hits: 21