πππππππ πππππππ ππππππ ππππππ πππ ππππ β ππππππππππ πππ ππππππππππ ππππ
KOTA BHARU, 06 SEPTEMBER 2025 - Jabatan Peguam Negara (AGC) melancarkan Program Kampung Angkat MADANI AGC 2025 di Kampung Padang Tembak, Kota Bharu. Program Kampung Angkat MADANI AGC 2025 ini yang telah memberi impak positif kepada dua kampung terpilih di jajahan Kota Bharu.
Majlis peluncuran program tersebut yang berlangsung di Padang Awam Taman Desa Kemumin dirasmikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan turut merasmikan Pasar Warisan, Kg. Pengkalan Datu, Panchor yang dinaik taraf. Pelbagai kemudahan telah dinaik taraf termasuk Pasar Warisan, Dewan Komuniti, Jeti Pengkalan Datu, Balai Menunggu serta kemudahan parkir awam yang lebih selesa dan tersusun. Sebagai tambahan, perkhidmatan perahu kolek menelusuri sungai turut diperkenalkan sebagai tarikan pelancongan.
Upacara penyerahan dan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Dasuki bin Mokhtar, Peguam Negara Malaysia. Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu,Kapt. (PA) Muhammad Shafie bin Rosslee, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu serta Anggota Marin Negeri Kelantan.
Hadir sama YBM Tengku Kaya Perkasa Dato Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBhg. Datoβ Hj. Ab Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Jajahan Kota Bharu, Pejabat Pembangunan Persekutuan ( ICU) Kelantan, Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, dan semua yang telah bertungkus- lumus, turun padang dalam menjayakan projek pembangunan KAM AGC 2025 ini.
- Hits: 22