Semangat Gotong Royong Memupuk Semangat Kerjasama Dan Perpaduan
KOTA BHARU, 22 Mei 2025 – Seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) menyertai program “Gotong Royong Di Kawasan Luar Bangunan Pejabat” tepat jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari hari ini, sebagai menyahut seruan membudayakan amalan Pengindahan dan Pembersihan dalam kalangan penjawat awam bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih dari sarang nyamuk Aedes iaitu pembawa penyakit Denggi. Aktiviti gotong-royong ini merangkumi pembersihan longkang, rumput-rumput, sampah sarap dan sebagainya.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jajahan Kota Bharu, Yang Amat Berusaha Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah yang turut memantau secara langsung perjalanan aktiviti gotong-royong ini. Turut sama menjayakan program adalah pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.
Program sebegini wajar dipuji kerana bukan sahaja menceriakan persekitaran kerja, malah mengukuhkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penjawat awam dan ianya selari dengan prinsip Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI) iaitu komponen MASULIYYAH - BERTANGGUNGJAWAB iaitu Bertanggungjawab menjaga kebersihan di tempat kerja dengan memastikan Persekitaran tempat kerja dan persekitaran bersih dan selesa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat atas komitmen dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan.
- Hits: 4