Accessibility Tools

Skip to main content

Program 1RAPi Dan Kempen Keselamatan Kebakaran

Warga Kerja PTJKB Mendengar Taklimat Kempen Keselamatan Kebakaran Warga Kerja PTJKB Mendengar Taklimat Kempen Keselamatan Kebakaran 2
KOTA BHARU, πŸπŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“ – Seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) menyertai program yang dinamakan sebagai Program 1Rapi & Taklimat Pencegahan Kebakaran bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan serta kesedaran dalam mencegah daripada berlakunya kebakaran.
 
Taklimat disampaikan oleh wakil Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur. PPPKL adalah merupakan sebuah badan NGO yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan telah menerima latihan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
 
Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman mengenai langkah-langkah pencegahan serta pengurusan risiko kebakaran. Terima kasih kepada Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur atas kerjasama dan perkongsian ilmu.

 

  • Hits: 4

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST
Warning: Undefined variable $your_date in /home/agensikel-ptjkb25/www3/ptjkbaru/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

Dasar Privasi