Accessibility Tools

Skip to main content

Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Kelantan ke Jajahan Kota Bharu

KOTA BHARU, 2 Mac – Pada 27 Februari yang lalu, Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) bagi meninjau pelaksanaan operasi serta mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan pentadbiran tanah di jajahan ini.

Dalam sesi lawatan tersebut, Yang Berusaha (YABrs) Ketua Jajahan Kota Bharu telah menyampaikan taklimat kepada YAB Menteri Besar berkenaan sejarah, visi, serta fungsi jabatan dalam pentadbiran tanah. PTJKB memainkan peranan penting dalam pengurusan pendaftaran, pembangunan, penguatkuasaan, dan hasil tanah bagi memastikan tadbir urus yang cekap. Beberapa projek pembangunan turut dirancang, antaranya Taman Rekreasi Bandar Baru Tunjong, Jeti Hub Pelancongan Pantai Sabak, dan Eco Agro Pelancongan Kampung Pulau, yang bertujuan memperkasa ekonomi serta memelihara alam sekitar. Pelaksanaan projek ini diharap dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat serta merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri.

Taklimat tersebut turut disertakan dengan maklumat tambahan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) berkaitan pelaksanaan Projek Landskap 2024, yang merangkumi pelbagai inisiatif seperti naik taraf taman permainan, laluan pejalan kaki, taman rekreasi, serta projek ekopelancongan di beberapa lokasi strategik. Projek-projek ini bertujuan memperindah kawasan bandar, menyediakan ruang rekreasi berkualiti, serta merancakkan sektor pelancongan.

Selain itu, projek Bahagian Bangunan dan Elektrikal 2022-2024 turut diketengahkan, dengan tumpuan kepada naik taraf tandas awam, pencahayaan bandar, baik pulih pasar dan terminal bas, serta program pembasmian kemiskinan bandar. Inisiatif-inisiatif ini menyokong kesejahteraan masyarakat, memperkukuh infrastruktur awam, dan meningkatkan daya tarikan Kota Bharu sebagai sebuah bandar yang maju dan berdaya saing.

mb ucap

ramai2

WhatsApp Image 2025 03 02 at 7.42.33 AM

 WhatsApp Image 2025 03 02 at 7.42.34 AM

 

 

  • Hits: 177

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST
Warning: Undefined variable $your_date in /home/agensikel-ptjkb25/www3/ptjkbaru/modules/mod_eac_splwpk/tmpl/default.php on line 89
timestamp="">

Dasar Privasi