MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2024
KOTA BHARU, 3 Februari 2025 – Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu telah menyertai Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat & Telekomunikasi (AIICT). YBrs. Wan Mohd Nasir bin Hj. Wan Omar, Timbalan Ketua Jajahan mewakili YABrs. Ketua Jajahan Kota Bharu bagi menerima Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan.Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang dan peserta.

- Hits: 109