MsEn

Perutusan Ketua Jajahan

 

WhatsApp Image 2023 08 16 At 111238 AM

 

BISMILLAH

Assalaamualaikum dan Selamat Datang kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB).

 

PTJKB adalah salah sebuah agensi utama Kerajaan Negeri Kelantan yang terlibat secara langsung dengan orang awam, syarikat swasta dan juga agensi kerajaan yang lain. Oleh yang demikian, menjadi matlamat utama kami agar semua pelanggan PTJKB berpuas hati dengan khidmat dan layanan yang diberikan. Selain kaedah penyampaian perkhidmatan yang biasa melalui urusan secara langsung di kaunter, klien PTJKB juga boleh mendapatkan maklumat melalui Laman Web Rasmi ini.

Antara maklumat yang dipaparkan dalam Laman Web Rasmi ini adalah:

  • Maklumat organisasi.
  • Perkhidmatan yang terdapat di PTJKB.
  • Berita semasa dan arkib berita mengenai aktiviti jabatan.
  • Muat turun borang-borang untuk kakitangan dan juga orang awam.

Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dari anda untuk mempertingkatkan perkhidmatan dan sistem penyampaian kami.

Akhir kata, saya berharap seluruh warga kerja PTJKB dapat meningkatkan lagi azam dan iltizam serta mengamalkan “Budaya Kerja Berprestasi Tinggi” demi kecemerlangan organisasi dan kepuasan pelanggan. Amalkan sikap jujur dan ikhlas serta bertoleransi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Semoga ianya mendapat keberkatan dan keredhaan di sisi Allah SWT. Terima kasih kerana melayari Laman Web Rasmi PTJKB. 

Sekian, wassalam.


" RAKAN TANAH ANDA "

YM. HAJI TENGKU AB. RAHMAN BIN TUAN YUNUS
Ketua Jajahan

Kota Bharu

 

  • Kemaskini Terakhir: Selasa 19 Mac 2024, 23:15:13.
© Hakcipta Terpelihara {2022} Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST