MsEn

Latar Belakang Jajahan

Pejabat Ptjkb

Latar Belakang Organisasi

Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) merupakan sebuah jabatan Kerajaan Negeri yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Lokasi Jajahan Kota Bharu disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Tumpat di sebelah Utara, Jajahan Bachok di sebelah Timur dan Jajahan Machang di sebelah Selatan.

Pentadbiran Jajahan Kota Bharu merangkumi 14 buah daerah (Penggawa), 131 buah mukim (Penghulu) dan 601 buah kampung. 14 Daerah Penggawa iaitu Pendek, Kubang Kerian, Kemumin, Peringat, Badang, Panji, Banggu, Salor, Limbat, Ketereh, Kadok, Sering, Beta dan Kota.

Keluasan Jajahan Kota Bharu meliputi kawasan seluas 409 kilometer persegi. Seluas 115 kilometer persegi meliputi kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam dan seluas 158 kilometer persegi terletak dalam kawasan Majlis Daerah Ketereh – Perbandaran Islam (Dulu dikenali Majlis Daerah Kota Bharu).

Sejarah Penubuhan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB)

PTJKB mula beroperasi sejak tahun 1904 hasil daripada keputusan persidangan pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kelantan (Sultan Muhammad ke IV). 

Pejabat ini diketuai oleh seorang Ketua Jajahan yang juga memangku sebagai Majistret dan Pentadbir Tanah dan Jajahan. Pada keseluruhannya PTJKB mempunyai seramai 143 orang kakitangan. 

Lokasi PTJKB terletak di pusat bandar Kota Bharu yang juga merupakan nadi pusat pentadbiran Negeri Kelantan.

  • Kemaskini Terakhir: Rabu 20 Mac 2024, 02:49:10.
© Hakcipta Terpelihara {2022} Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST