Satu sesi FB Live telah diadakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Majlis Perhimpunan Khas Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 13 Januari 2022. Perhimpunan ini adalah sempena persaraan Ybhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 16 Januari ini. Majlis ini dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PTJKB. Pihak PTJKB mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya.