Assalamualaikum wbt
Program simulasi pemindahan mangsa banjir di bawah norma baharu Jajahan Kota Bharu telah diadakan pada 17 Novermber 2020 di Teluk Buaya, Kampung Pantai Mek Mas. Program ini menumpukan kepada pasukan penyelamat seperti polis, Angkatan Tentera,bomba dan APM untuk mengendalikan mangsa yang memakai gelang merah jambu atau suspek covid 19. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Ketua Jajahan Kota Bharu.