Pada 25 Mei 2022, Rabu telah diadakan Majlis Mesra Aidilfitri Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Alhamdulillah setelah 2 tahun Negara dilanda virus Covid-19, kita semua boleh menarik nafas lega kerana keadaan sudah kembali beransur pulih. Jika 2 tahun dulu tidak dibenarkan majlis sebegini diadakan, sekarang tiba masanya untuk kita semua bergembira dan bersyukur dapat menayambut raya dengan meriah kali ini. Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Ketua Jajahan bersama isteri ke majlis ini. Terima kasih semua yang menjayakannya.