PENGKALAN CHEPA | 12 Jamadilakhir 1444H / 5 Januari 2023
YMM Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Bantuan Asnaf dan Mangsa Banjir serta Tadarus Al-Quran bertempat di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Menyambut keberangkatan tiba YMM Raja Perempuan Tengku Anis ialah YABrs Ketua Jajahan Kota Bharu dan isteri, YABrs Timbalan YDP (MAIK) dan isteri, YDH Ketua Polis Daerah Kota Bharu dan isteri, YABrs Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan isteri, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Al Fadhil Ustaz Hj. Bahrin bin Yusof (Imam Tua Masjid As-salam), imam-imam, Pegawai dan Kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu, Pegawai dan Kakitangan (MAIK) serta AJK Masjid.
YMM Raja Perempuan Tengku Anis berkenan untuk menyampaikan kurniaan Bantuan kepada 200 orang penerima daripada mukim sekitar yang terpilih.