Accessibility Tools

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Assalamualaikum wbt,

Semalam pihak Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu telah menyambut keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Tempat yang dilawati di Kota Bharu adalah KB Permai (Kedai Barangan Perak) dan  Nadia Batik & Songket. Pihak kami sangat berbesar hati dapat menyambut keberangkatan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong.