KOTA BHARU | 24 Rabiul Awal 1445H / 10 Oktober 2023
YMM Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid berkenan berangkat ke Program Tadabbur Al-Quran bertempat di Masjid Sultan Mansor, Kg. Sireh.
Menyambut keberangkatan tiba YMM Raja Perempuan Tengku Anis adalah YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Kelantan (Pengerusi Masjid Sultan Mangsor) dan Datin, YABrs Timbalan Yang DiPertua MAIK dan Isteri, YABrs Ketua Jajahan Kota Bharu dan Isteri, Puspanita, Pegawai-Pegawai MAIK dan AJK Masjid.
YMM Raja Perempuan juga berkenan mengurniakan sumbangan kepada Warga Asnaf dan Pelajar-pelajar Asnaf yang terpilih.