Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.
Pada 16 September yang lalu telah diadakan satu Majlis Apresiasi bagi meraikan Pertukaran YM Dato' Hj Tengku Azmi bin Haji Tengku Jaafar ke SUK dan juga persaraan serta pertukaran pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Majlis juga dihadiri oleh Ketua Jajahan yang baharu iaitu Encik Rosnazli bin Haji Amin serta isteri. Antara aktiviti yang diadakan adalah cabutan bertuah dan persembahan setiap unit. Majlis tamat pada pukul 11 malam.