Pada tarikh 14.1.2021 telah diadakan Program Penyampaian Voucher Peralatan Persekolahan kepada Asnaf dan Ahli Puspanita Terkesan COVID 19 anjuran Pejabat Tanah & Jajahan Kota Bharu, Puspanita Kota Bharu dan Mara di Pasaraya MYDIN Kubang Kerian. Seramai 251 penerima menerima Voucher berjumlah RM37,650. Setiap penerima menerima voucher RM 150 seorang.