Pengenalan
Projek DiRaja adalah aktiviti sosio-ekonomi yang diilham dan inspirasi Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan. Ia bertujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat miskin. Projek ini diterapkan menerusi penggemblengan dan eksploitasi bersepadu sumber-sumber sedia ada. Ia meliputi aspek pengurusan, kewangan, tenaga serta persekitaran semulajadi.
Contoh kejayaan projek DiRaja dapat dilihat apabila penanaman tembikai di Kampung Banggol telah menghasilkan pendapatan yang agak lumayan kepada setiap peserta.
